• Pesta Tarian Gay Besar-Besaran Di Kuala Lumpur

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    Seperti yang mungkin ramai tahu, pada bulan Ramadan lalu, satu acara songsang telah diadakan di Kuala Lumpur, iaitu Big Gay Iftar. Semakin hari kelompok pengikut amalan sesat sejak zaman kaum Nabi Luth ini semakin melampau!

    Kali ini, golongan LGBT ini semakin melampau dengan mewar-warkan kegiatan haram mereka ini. Satu acara pra-pesta muzik gay yang terbesar di dunia bakal diadakan di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

    Parti ini digelar sebagai ‘White Party BKK Warm UP’ yang mana lokasi kegiatan haram ini akan diadakan pada 30 September ini dekat Rooftop GTower, Kuala Lumpur.

    Pesta muzik gay besar-besaran ini dianjurkan khas oleh pihak Divine Bliss Malaysia yang mana mereka juga menjemput kesemua ahli komuniti LGBT serta golongan gay dari seluruh dunia untuk memeriahkan acara mereka ini.

    Difahamkan bahawa pesta ini dicetuskan oleh golongan veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, juga satu syarikat penganjuran konsert dan festival terkemuka yang di Thailand serta turut bekerjasama dengan Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

    Lihatlah, betapa beraninya golongan ini mengadakan acara terbuka seperti ini. Sasaran tetamu mereka ialah lelaki yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Mengikut maklumat yang kami jumpai, satu acara parti gay pernah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada sambutan tahun baru lalu.

    Acara yang berlangsung selama tiga hari berturut itu juga dihadiri oleh ribuan orang yang meraikan festival tahun baru itu sekali gus menjadikan ia sebagai parti gay terbesar di Asia.

    Kali ini, pihak White Party dengan beraninya akan mengadakan pesta haram itu di negara kita. Nama lain bagi parti ini ialah AGM, iaitu Annual Gay Meeting! Yang mana acara ‘warm up‘ akan di adakan disini dan acara kemuncal bakal diadakan di Bangkok, Thailand.

    Tiket yang dijual bermula dengan harga RM712 sehingga RM1069. Yang lebih melampau ialah acara kemuncak yang bakal diadakan di Bangkok pada 28 hingga 31 Disember ini juga mempunyai pakej termasuk tempat tinggal di hotel mewah St. Regis Bangkok.

    Mungkin kalau tengok di laman web rasmi parti ini, tiada yang melampau, cuma ada acara menari dan persembahan sahaja. Tapi apakah yang akan terjadi selepas tamatnya parti ini? Namun asalnya pasri haram ini juga masih kelihatan jijik di mata masyarakat.

    Lagi-lagi acara ‘opening‘ akan diadakan di Kuala Lumpur. Bagaimana agaknya sambutan di Kuala Lumpur? Adakah kita akan nampak muka anak Melayu yang beragama Islam di pesta haram ini?

    Golongan songsang ini seakan-akan tidak menghiraukan undang-undang di negara kita. Kalau sungguh pun mereka menyokong golongan LGBT, ianya tidak semestinya harus diadakan di negara kita.

    Namun siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kebenaran kepada mereka bagi mengadakan parti songsang seperti ini atau adakah mereka menganjurkan sendiri secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

    Sampai bila kita nak biarkan golongan gay atau LGBT ini berleluasa di negara kita sampai ada pihak yang berani menganjurkan acara parti liar ini di Malaysia? – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Pesta Tarian Gay Besar-Besaran Di Kuala Lumpur "