• Pesta Borneo 2017 Promosikan Sabah, Sarawak Kepada Pelancong

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+
    Foto : @agustussapen


    KUALA LUMPUR -- Suria KLCC hari ini menganjurkan Pesta Borneo bersempena sambutan Hari Malaysia 2017 di Suria KLCC, di sini.

    Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Andrew Brien berkata pesta itu adalah sebahagian usaha untuk mendidik rakyat Malaysia dan pelancong tentang sejarah penubuhan Malaysia selain mempromosi dan mengetengahkan ciri-ciri keunikan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

    Beliau berkata Pesta Borneo itu diadakan buat pertama kali dengan kerjasama Persatuan Warisan Sabah dan Sarawak yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai sebahagian sambutan Hari Malaysia.

    "Melalui program ini kami akan mengadakan pameran sejarah Hari Malaysia serta pertunjukan budaya, makanan, fesyen, kraf dan muzik masyarakat Sabah dan Sarawak,"katanya ketika berucap merasmikan Pesta Borneo itu.

    Turut hadir pengerusi Persatuan Warisan Sabah dan Sarawak Dr. Laurence John.

    Festival sehari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan alat muzik sape daripada Saufi Aiman Yahya, Alena Murang dan Anderson Kalang, pertandingan fesyen Borneo dan persembahan tarian kebudayaan.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pesta Borneo 2017 Promosikan Sabah, Sarawak Kepada Pelancong "