• Pertemuan Mesra Di Rumah Putih

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    WASHINGTON, D.C.: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbincangan beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa sebagai "pertemuan yang positif dan mesra".

    Kedua-dua pemimpin dilihat gembira berjabat tangan beberapa kali dan memaut lengan masing-masing semasa berjalan masuk dan keluar bilik mesyuarat West Wing.

    "Kali terakhir kami berjumpa beberapa tahun lepas, kami bermain golf satu pasukan. Ia pertemuan yang berjaya bagi kami kerana pasukan kami menang.

    "Dan perbincangan kami tadi banyak tertumpu kepada bagaimana kedua-dua negara boleh terus berjaya dengan bekerjasama erat, " katanya pada jamuan malam Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN dan Dewan Perniagaan Amerika di Hotel St Regis di sini.

    Najib tiba di Rumah Putih pada pukul 11.45 pagi dan disambut Presiden Trump di pintu masuk West Wing. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Pertemuan Mesra Di Rumah Putih "