• Perkampungan Digital Dibangunkan Di Sarikei

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+
    Foto : Utusan Borneo
    KUCHING : Kerajaan negeri telah memilih Sarikei sebagai lokasi kedua untuk membangunkan Hab Inovasi Ditigal TEGAS (TDIH) yang akan dihubungkan dengan Kampung Digital, menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari berkata TDIH Sarikei akan dilancarkan pada 17 September ini selepas pelancaran pertama di iCOM Square pada Ogos lalu.

    "Hab inovasi itu penting dalam usaha kerajaan negeri mengasah bakat golongan muda di luar bandar dalam bidang teknologi maklumat (IT) serta menyokong sektor keusahawanan dan melahirkan inovator di seluruh negeri,"

    Beliau menambah, dianggarkan RM30 juta peruntukkan untuk Kampung Digital yang dibangunkan di kawasan perindustrian Samajaya berperanan sebagai inkubator dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2020.

    “Sama seperti TDIH di sini (Kuching), hab inovasi di Sarikei dilengkapi dengan cafĂ©, bilik perbincangan, bilik persidangan, tempat santai dan kemudahan Internet serta komputer untuk digunakan orang ramai khususnya usahawan muda berinteraksi pada masa sama mengasah bakat mereka dalam ekonomi digital,” katanya.

    Menurutnya lagi, penubuhan TDIH di Sarikei juga antara usaha kerajaan negeri mengasah bakat rakyat Sarawak di luar bandar yang dilihat berpotensi dibangunkan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Perkampungan Digital Dibangunkan Di Sarikei "