• Pergaduhan Di Limbang, Koperal Polis Antara Ditahan

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+


    LIMBANG: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan Selasa lepas bagi membantu siasatan mengenai kes pergaduhan berkumpulan di Dataran Jubli Emas malam Sabtu lepas.

    Dalam kejadian malam Sabtu lalu, pergaduhan bermula di hadapan Bangunan Tamu Limbang dan berpanjangan hingga Dataran Jubli Emas sebelum mangsa yang berusia 38 tahun ditemui cedera.

    Suspek yang berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Patiambun dekat sini.

    Ketua Polis Daerah Limbang Supt Mohd Bukhori Saffai berkata, pihaknya turut menahan dua lagi suspek berusia 25 dan 19 tahun dari kampung sama sekitar jam 10.55 malam.

    Menurutnya, anggota berpangkat koperal terbabit mempunyai rekod lampau yang masih dalam perbicaraan mahkamah Rabu lepas.

    “Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikuti Seksyen 324 Kanun Keseksaan.” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pergaduhan Di Limbang, Koperal Polis Antara Ditahan "