• Penyandang Kerusi Stampin Bakal Berundur Dari Politik

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping bakal berundur dari bidang politik dan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media di ibu pejabat parti di sini, semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, Julian tidak akan bertanding mempertahankan Stampin pada PRU14 nanti yang dimenanginya pada PRU lalu.

    “Beliau (Julian) telah menyatakan hasratnya itu kerana mahu meneruskan kerjayanya sebelum ini dalam bidang sains dan teknologi,” ujarnya.

    Pada PRU13, Julian menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti undi 18,670 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Yong Khoon Seng (22,993 undi) dan Lina Soo daripada Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak (239 undi). – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Penyandang Kerusi Stampin Bakal Berundur Dari Politik "