• Penunggang Basikal Rempuh Wanita Dipenjara

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Penunggang basikal yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki mati selepas merempuh wanita itu di London, Februari tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.

    Menurut AFP, bekas penghantar surat, Charlie Alliston, yang berusia 18 tahun ketika kejadian menunggang basikal ‘gear tetap’ tanpa brek ketika melanggar Kim Briggs yang hendak melintas jalan di Old Street.

    Basikal jenis itu hanya untuk kegunaan perlumbaan dan tidak dibenarkan di atas jalan raya di Britain.

    Charlie yang melanggar Kim Briggs, ibu dua anak pada kelajuan 29 kilometer sejam, didapati bersalah terhadap dakwaan ‘memandu dengan ganas dan marah’ - mengikut undang-undang 1861 (bagi kenderaan tanpa enjin) yang masih digunakan di Britain membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

    Kes itu mendapat perhatian di Britain dengan ada pihak mahukan hukuman berat bagi kesalahan menunggang secara bahaya dan ada yang mahu pejalan kali lebih bertanggungjawab.

    Daily Mail melaporkan ketika Kim yang cedera terbaring di atas jalan, Charlie menjerit marah menyalahkan wanita itu sebagai punca kemalangan dan dalam kenyataannya di internet selepas itu, remaja berkenaan menuduh mangsa sibuk dengan telefon.

    Hakim Mahkamah Pesalah Muda ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, Charlie menjerit dengan kata-kata kesat kepada pejalan kaki supaya memberi laluan ketika dia memecut basikal di jalan raya namun meletakkan kesalahan kepada mangsa.

    Hakim Wendy Joseph berkata, tertuduh tidak menunjukkan rasa bersalah atau kesal dengan kejadian itu.

    Beliau melabelkan Charlie sebagai membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Penunggang Basikal Rempuh Wanita Dipenjara "