• Penjejak MH370 Dakwa Konsul Malaysia Dibunuh

    Published: Saturday, 2 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Seorang penjejak serpihan MH370 di Madagascar mendakwa konsul Malaysia di negara itu dibunuh untuk menutup siasatan kehilangan pesawat itu.

    Blaine Gibson mendakwa beliau sepatutnya menyerahkan serpihan yang dikatakan dari bangkai pesawat itu kepada konsul kehormat Malaysia Hossenaly Zahid Raza sebelum kematiannya.

    Kementerian Luar Malaysia mengumumkan Houssenaly meninggal dunia di Antananarivo pada 24 Ogos tetapi tidak menyebut punca kematian.

    Gibson, yang terjumpa pengimbang sayap pesawat itu tahun lalu, juga mendakwa beliau sendiri menerima ancaman bunuh kerana usahanya mengesan pesawat itu.

    MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal. – Projek MMO

    Subjects:

  • No Comment to " Penjejak MH370 Dakwa Konsul Malaysia Dibunuh "