• Pengundi Stampin Rugi Undi DAP - Tan Kai

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Lima tahun tanpa pembangunan di kawasan mereka, pengundi di Parlimen Stampin harus menyedari kerugian yang diperolehi daripada mengundi wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Julian Tan.

    "Apabila ditanya, ramai penduduk di Stampin menyatakan tidak pernah berjumpa dan tidak kenal dengan Ahli Parlimen mereka," kata Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tan Kai seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, Ahli Parlimen Stampin pembangkang itu bukan sahaja tidak turun padang malah tidak memberi apa-apa pembangunan kepada kawasan termasuk membantu penduduk menjalankan program.

    "Beliau tidak memberi apa-apa pembangunan kepada kawasan," tambah Tan Kai.

    "Rakyat Stampin jangan ketinggalan, mereka juga membayar GST dan cukai pendapatan, sebab itu mereka mesti menikmati pembangunan," tegasnya.

    Jelas beliau, pengundi di Parlimen Stampin harus kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti agar dapat menikmati pembangunan, kebajikan serta kemudahan yang disediakan kerajaan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pengundi Stampin Rugi Undi DAP - Tan Kai "