• Pengasas WhatsApp Undur Diri

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+


    BRIAN Acton, pengasas bersama aplikasi WhatsApp yang kini dimiliki Facebook Inc mengumumkan untuk mengundur diri daripada syarikat rangkaian mesej tersebut.

    Beliau mengumumkan perkara itu melalui satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

    Acton berkata beliau mengundur diri kerana mahu memulakan sebuah yayasan baharu.

    Sebelum ini, Acton meluangkan masa sembilan tahun bersama WhatsApp yang dibeli Facebook pada 2014 secara tunai dan dalam bentuk saham bernilai AS$19 juta(RM79.8 billion).

    Graduan lulusan Standford itu mengasaskan WhatsApp bersama dengan rakannya, Jan Koum dari Ukraine pada 2009.

    Kedua-duanya sebelum ini pernah berkhidmat bersama Yahoo sebelum memutuskan untuk mewujudkan aplikasi WhatsApp. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pengasas WhatsApp Undur Diri "