• Penemuan Bangkai Anak Lembu Berkepala Dua

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Penduduk Kampung Felda Pasoh Dua, Jempol dikejutkan dengan penemuan bangkai anak lembu berkepala dua di perkarangan rumah kakitangan Felda, hari ini.

    Penduduk, Kamarul Azman Kamarudin, 46, berkata, penduduk kampung itu menemui bangkai haiwan ini ketika bersenam di kawasan sekitar, 7.15 pagi tadi.

    "Buat masa ini kami tidak mengetahui siapa pemiliknya," katanya.

    Menurut Kamarul Azman, penemuan itu dianggap pelik berikutan tidak pernah berlaku.

    "Bangkai anak lembu itu ditanam dalam kebun berhampiran," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penemuan Bangkai Anak Lembu Berkepala Dua "