• Penduduk Ba’kalalan Mahu Wakil Rakyat Selesai Masalah Jalan

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Penduduk di kawasan Ba’kalalan mahu wakil rakyat kawasan terbabit tampil menyelesaikan masalah jalan yang dihadapi mereka sejak sekian lama.

    Memetik laporan The Borneo Post, sekumpulan penduduk nekad mengadakan demontrasi ekoran rayuan mereka kepada pihak berwajib bagi membaiki jalan berkenaan tidak diendahkan.

    Ketua Pemuda Ba'kalalan, Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Ba'kalalan Tadem Arun berkata mengenai pembaikan jalan berkenaan tidak perlulah dipolitikkan kerana ianya merupakan keperluan perhubungan utama rakyat dikawasan tersebut.

    Menurutnya, beliau berharap sekali pihak yang berkenaan hadir sendiri ke kawasan tersebut dan melihat keadaan jalan raya itu.

    “Kami begitu penat dan bosan dengan retorik politik. Oleh itu,kami memohon agar pihak menteri samaada dari kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan tampil membantu kami membaik pulih jalan raya. Jangan membiarkan kami seperti tidak mempunyai kerajaan,” lapor akhbar tersebut.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan dan Pengangkutan Infrastruktur (MIDT) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata pihaknya telah menerima cadangan tersebut daripada sebuah syarikat balak yang beroperasi di kawasan terbabit untuk menaik taraf jalan pembalakan kepada jenis R1 dengan kos bernilai RM35 juta.

    Beliau turut berharap wakil rakyat kawasan berkenaan tampil dan membincangkan perkara ini dengan pegawai dari MIDT untuk melihat butir-butir cadangan itu supaya dapat dilaksanakan secepat mungkin.

    Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kalalan Baru Bian juga menyambut baik inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat kerana mempertimbangkan agar membaik pulih jalan tersebut. -Sarawakiana



  • No Comment to " Penduduk Ba’kalalan Mahu Wakil Rakyat Selesai Masalah Jalan "