• Pendapatan Bersih PNB Naik 8.8 Peratus Kepada RM10 Bilion

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Pendapatan bersih Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi tempoh lapan bulan berakhir 31 Ogos 2017 meningkat 8.8 peratus tahun-ke-tahun kepada RM10.05 bilion.

    Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata aset di bawah pengurusan (AUM) dalam tempoh dikaji meningkat 4.2 peratus kepada RM268.6 bilion.

    Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM228 bilion adalah dana unit amanah, manakala baki RM40.6 bilion dana proprietari syarikat.

    "Kami gembira dapat terus mengekalkan prestasi kukuh setakat ini dalam suasana pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif, sungguhpun pasaran saham hambar pada suku ketiga.

    "Kami juga gembira pelan transformasi syarikat strategik PNB terus memberi impak berterusan," katanya pada taklimat media berhubung prestasi terkini kumpulan itu, di sini hari ini.

    Abdul Wahid berkata, pertumbuhan kukuh pendapatan PNB didorong prestasi ekuiti awam lebih baik, manakala pendapatan daripada pelaburan ekuiti swasta dan hartanah dijangka dicapai pada suku keempat 2017. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pendapatan Bersih PNB Naik 8.8 Peratus Kepada RM10 Bilion "