• Pencuri Kereta Umpil Pintu Dengan Senduk

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    KOTA BHARU: Sebuah kereta Proton Ertiga dianggarkan bernilai RM64,500 kepunyaan seorang kenamaan dilarikan penjenayah dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai, di sini pagi kelmarin.

    Ketika kejadian, pemiliknya berusia 74 tahun tiada di rumah kerana di luar negeri.

    Kehilangan disedari pembantu rumahnya berusia 47 tahun sebaik pulang dari pasar, pada 11.30 pagi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, pembantu rumah terbabit mendapati kereta itu yang berwarna merah sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan rumah.

    Menurutnya, pembantu rumah memberitahu seorang tukang kebun dan pemeriksaan dibuat mendapati tingkap hadapan rumah dipecah.

    Katanya, pemeriksaan dalam rumah mendapati laci almari di ruang tamu dan bilik diselongkar tetapi tiada barangan hilang.

    “Siasatan awal, seorang suspek masuk melalui tingkap dipecahkan dan keluar melalui pintu.

    “Ketika kejadian, tiada siapa di rumah dan tukang kebun tiada di rumah kerana di surau berhampiran,” katanya di sini semalam.

    Beliau berkata, berikutan kejadian itu laporan dibuat di Balai Polis Kota Bharu, 1.43 petang.

    Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.

    “Usaha mengesan suspek dilakukan menerusi Ops Tutup di seluruh negeri termasuk bersempadan Malaysia-Thailand, sejak kelmarin.

    “Kami memintaorang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

    Mohd Fakri berkata, siasatan mendapati dua cap jari dikesan pada senduk digunakan untuk mengumpil pintu bilik dalam rumah.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pencuri Kereta Umpil Pintu Dengan Senduk "