• Pencawang Simpang Murum Beri Manfaat Kepada Penduduk Pendalaman

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    BINTULU: Pencawang Simpang Murum yang dibina dengan kos bernilai RM 100juta akan memberi manfaat kepada penduduk pendalaman menikmati bekalan elektrik 24 jam menjelang tahun 2025 kelak.

    Memetik kenyataan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di akhbar Utusan Borneo, pencawang yang berkapasiti 275 kilovolt(kV) berkenaan secara tidak langsung akan memulakan detik penyambungan bekalan elektrik khususnya dikawasan-kawasan pendalaman terutamanya di kawasan Murum dan Belaga.

    Menurutnya, dengan terbinanya pencawang berkenaan akan memepercepatkan lagi pembangunan dikawasan luar bandar amnya sambungan bersepadu kepada grid utama membekalkan kuasa dari Bakun dan Murum kepada pengguna domestik dan perniagaan seluruh Sarawak.

    “Pencawang ini diyakini dapat membekal secara pukal kepada industri di projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan eksport ke Kalimantan,” lapor akhbar tersebut.

    Beliau yang berkata demikian ketika merasmikan pembukaan pencawang Simpang Murum 275kV bersebelahan tapak pencawang di daerah Belaga semalam.

    Jelasnya, inisiatif kerajaan tersebut dalam memastikan rakyat dan penduduknya menikmati bekalan elektrik adalah merupakan bukti bahawa kerajaan menitikberat pembangunan prasarana serta infrastruktur yang lebih baik terutamanya kepada penduduk dikawasan pendalaman.- Sarawakiana.
  • No Comment to " Pencawang Simpang Murum Beri Manfaat Kepada Penduduk Pendalaman "