• Pemuda PDP Sokong Penuh 3 Penyandang

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    Tiga penyandang kerusi Parlimen dari Parti Progresif Demokratik (PDP) mendapat sokongan padu daripada Pemuda parti tersebut untuk dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pemuda PDP turut berikrar untuk berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti tersebut dan Barisan Nasional (BN).

    Ketua Pemudanya, Robert Ayu menjelaskan, Pemuda PDP menyokong penuh tiga penyandang merangkumi Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Anthony Nogeh Gumbek dan Anyi Ngau.

    “Manakala calon kerusi Saratok kita mahu menampil muka baharu dan Pemuda PDP akan menyokong sebulat suara calon paling layak dan berkaliber dipilih
    pucuk pimpinan parti,” katanya.

    Robert berkata, mereka tidak sangsi dengan ketokohan calon (penyandang) bagi kerusi Parlimen Bintulu, Baram dan Mas Gading agar dikekalkan mempertahankan kerusi masing-masing dan Pemuda PDP sudah bersiap sedia menggerakkan jenteranya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda PDP Sokong Penuh 3 Penyandang "