• Pemuda PBB Aktifkan Jentera Sejak PRU13

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia sepenuhnya untuk membantu kepimpinan parti sekiranya mahu menampilkan calon di kalangan pemuda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Bagimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Pemuda PBB akan mengikut tradisi parti dan membiarkan kepimpinan parti membuat keputusan.

    "Apa yang penting kita (Pemuda PBB) sudah mengaktifkan jentera (Armada Pemuda PBB) sejak hari pertama selepas pilihan raya (umum) lepas," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau yang juta Ketua Penerangan Pemuda PBB berkata, Armada Pemuda mempraktikkan pendekatan turun padang menerusi pelbagai aktiviti seperti sukan dan program kebajikan.

    "Menerusi ini (pendekatan), rakyat akan lebih dekat dengan parti," ujarnya.

    Fazzrudin menambah, Pemuda PBB akan menumpukan kepada program komuniti terutama mengunjungi pengundi.

    "Paling penting adalah untuk memberitahu rakyat apa yang PBB sudah lakukan untuk mereka," jelasnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda PBB Aktifkan Jentera Sejak PRU13 "