• Pemandu Wanita Mampu Kurangkan Kemalangan

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    RIYADH: Langkah kerajaan Arab Saudi membenarkan wanita memandu akan mengurangkan bilangan kemalangan kereta di negara yang mencatatkan antara kadar kematian berkaitan trafik paling teruk di dunia itu.

    Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Nayef, berkata pasukan keselamatan bersiap sedia melaksanakan undang-undang trafik ke atas lelaki dan wanita, walaupun tidak menyatakan sama ada wanita akan direkrut sebagai polis trafik.

    "Pemandu wanita akan mengubah keselamatan trafik menjadi amalan pengajaran yang akan mengurangkan kehilangan nyawa dan kerugian ekonomi disebabkan kemalangan," beliau dipetik sebagai berkata di Twitter rasmi kementerian itu.

    Raja Salman mengumumkan perubahan bersejarah Selasa lalu, menamatkan tradisi konservatif yang mengehadkan pergerakan wanita dan dilihat aktivis hak sebagai lambang penindasan di negara itu.

    Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu, dasar yang akan berakhir secara rasmi pada Jun 2018 selepas laporan jawatankuasa menteri mengenai langkah itu diperlukan untuk proses pelaksanaan.

    Kira-kira 20 penduduk maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi.

    Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan jumlah kematian kepada satu perempat sebagai sebahagian program pembaharuan Visi 2030. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Wanita Mampu Kurangkan Kemalangan "