• Pemandu Bas 'Samseng' Digantung Tugas

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah menggantung tugas pemandu bas Rapid KL yang melanggar pembahagi jalan sebelum membuat pusingan U sehingga video kejadian itu tular di Facebook (FB), semalam.

    Dalam video berdurasi 1 minit 35 saat itu, kejadian berlaku berhampiran stesen LRT Alam Sutera, Bandar Kinrara, Puchong.

    Naib Presiden Kanan Prasarana Azhar Ghazali berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemandu bas yang terbabit.

    "Perkhidmatan pemandu itu sudah digantung buat sementara.

    "Siasatan terperinci kini sedang dijalankan berhubung kes itu," katanya.

    Menurutnya, pihaknya memohon maaf atas keresahan yang timbul terhadap pengguna perkhidmatan awam.

    "Terima kasih atas keprihatinan semua dan kami mohon maaf atas segala keresahan yang timbul," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Bas 'Samseng' Digantung Tugas "