• Pelantikan KPN diputus kerajaan- TPM

    Published: Monday, 4 September 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 4 Sept.- Kerajaan melalui Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan untuk melantik Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat khas yang diadakan baru- baru ini.

    “Kerajaan bersetuju untuk melantik Mohamad Fuzi sebagai KPN baharu.

    “ Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis Negara serta dinaikkan gred Turus 3,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan dan Timbalan Menteri KDN II, Datuk Masir Kujat.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pelantikan KPN diputus kerajaan- TPM "