• Pelancong AS cedera disimbah asid

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+


    MARSEILLE: Empat pelancong wanita warga Amerika Syarikat cedera selepas seorang wanita menyimbah asid di sebuah stesen kereta api.

    Polis berkata, dua daripada wanita berusia awal 20-an itu kini dirawat di hospital akibat melecur di muka.

    Difahamkan pelancong itu sedang dalam perjalanan dari bandar di selatan itu ke Paris.

    Penyerang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di lokasi kejadian.

    Polis berkata, serangan itu tiada kaitan dengan pengganas, sebaliknya percaya penyerang itu mengalami masalah gangguan mental. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Pelancong AS cedera disimbah asid "