• Pelajar Lahir Anak Di Surau Sekolah, Uri Masih Tertinggal Dalam Rahim

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    JEMPOL :  Seorang pelajar tingkatan tiga melahirkan anak perempuan di surau sebuah sekolah menengah di Bandar Seri Jempol semalam.

    Kakitangan Hospital Jempol melaporkan kepada polis ada kejadian pelajar mengadu sakit mahu bersalin ketika berada di sekolah, lapor Kosmo!.

    Hospital itu menerima panggilan dari sekolah pada 10.30 pagi, memaklumkan ada pelajarnya pengsan, kata satu sumber polis.

    Sumber itu berkata anggota polis mendapati seorang pelajar terbaring ketika mereka tiba di surau sekolah berkenaan.

    “[...] Dan ada bayi perempuan di atas dada pelajar perempuan tersebut dengan urinya masih tertinggal dalam rahim pelajar perempuan itu,” kata sumber.

    Remaja itu kemudian dibawa ke hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah bagi pemeriksaan lanjut.

    Pemangku ketua polis daerah Jempol memaklumkan pasangannya, pelajar lelaki tingkatan empat sekolah itu, ditahan bagi membantu siasatan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” kata DSP Azham Shah Azlan. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Lahir Anak Di Surau Sekolah, Uri Masih Tertinggal Dalam Rahim "