• Pekerja Cari Gali Minyak Maut Dimakan Beruang

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    SEEKOR beruang yang sedang kelaparan telah menyerang dan membunuh seorang pekerja cari gali minyak di Siberia. Badan mangsa, yang tidak dinamakan itu pula telah dimakan separuh oleh beruang terbabit.

    Kejadian berlaku di kawasan antara Novy Urengoy dengan kampung Pangody di Yamalo-Nenets.

    Beruang itu memakan separuh badan mangsa dan kemudiannya meletakkan ranting pokok di atas ‘makanannya’ itu sebelum beredar.

    Melihat kepada keadaan itu, ia jelas menunjukkan binatang itu bercadang untuk kembali semula selepas ini.

    Menurut laporan, kes itu berlaku ketika binatang buas itu sedang mencari makanan untuk dijadikan sebagai stok makanan sebelum musim sejuk.

    Malah laporan turut dikeluarkan kepada penduduk berhampiran supaya menjauhi binatang buas itu dan pada masa sama tidak membuang makanan dalam tong sampah, bagi menarik perhatian beruang terbabit.

    Baru-baru ini, seekor beruang besar telah ditembak di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Nyagan, iaitu tempat di mana bintang tenis Rusia, Maria Sharapova dilahirkan. – MYNEWSHUB.CC


    Subjects:

  • No Comment to " Pekerja Cari Gali Minyak Maut Dimakan Beruang "