• PDRM Tubuh Unit Khas ‘Hapus’ Judi

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Sindiket judi haram di negara ini bakal akhirnya ‘tunduk’ kepada undang-undang apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan mereka.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jawatankuasa yang diketuai beliau sendiri ditubuhkan bagi menangani dan menghapuskan premis-premis judi yang semakin berleluasa di seluruh negara.

    Sehubungan itu, pihaknya akan menggempur habis-habisan semua pusat-pusat perjudian bermula hari ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " PDRM Tubuh Unit Khas ‘Hapus’ Judi "