• PBB Batu Lintang Buat Laporan Polis Terhadap Aziz DAP

    Published: Saturday, 16 September 2017
    A- A+



    KUCHING : Ahli Perti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Lintang membuat laporan polis terhadap pemilik status facebook yang dipercayai menghina Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga Kuching sebentar tadi.

    Jurucakap PBB Batu Lintang, Amir Ali memberitahu, laporan polis dibuat terhadap pemilik facebook Aziz Isa yang memuatnaik kenyataan yang dipercayai menghina Perdana Menteri.

    "Ia tercatit ayat 'Kenapalah Razak dahulu tidak mengguna kondom ketika berdumdum chak ? Lihatlah sekarang, kerana sperma setitik, rosak satu negara'.

    "Status tersebut sangat biadab dan jelas tidak menghormati orang lain," katanya

    Menurutnya, walaupun status tersebut tidak menyebut nama perdanan menteri, tapi ia diyakini dituju khas kepada Perdana Menteri.

    "Pada masa sekarang masyarakat tahu perdana menteri menjadi sasaran serangan parti politik dan tidak mustahil status sebegini turut dituju kepada Perdana Menteri.

    "Sebagai rakyat Malaysia, PBB Batu Lintang terpanggil untuk membuat laporan polis memandangkan ia adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," ujarnya.

    Beliau berharap laporan tersebut membolehkan pihak berwajib menyiasat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

    "Perlu ada tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang bersikap biadab menggunakan akaun facebook," tegasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Batu Lintang Buat Laporan Polis Terhadap Aziz DAP "