• Pasukan khas siasat maklumat bocor ditubuh

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR 18 Sept.- Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kebocoran maklumat siasatan penahanan suspek tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat di sini.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana ia bukan pertama kali berlaku.

    “Saya akan arahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk tubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan mengenai perkara ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan dan Meraikan Atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) Los Angeles 2017 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pasukan khas siasat maklumat bocor ditubuh "