• PAS, Amanah Dijangka Tewas Semua Kerusi Pada PRU14

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    Berdasarkan rekod buruk PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya di Sarawak, perkara sama pasti berulang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Keadaan ini banyak didorong kepada kurang sambutan daripada rakyat Sarawak selain jentera yang diturunkan tidak begitu berkesan dalam meraih undi.

    Lebih memburukkan keadaan lagi, PAS kini tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) manakala Amanah kalah teruk dalam percubaan pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, Penganalisis Politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, sama seperti PAS, Amanah juga akan tewas di semua kerusi ditandinginya.

    “Malah, calon Amanah akan hilang wang pertaruhan di kebanyakan kerusi ditandinginya.

    “Ini realiti pahit yang perlu diterima oleh Amanah atau Pas. Saya fikir mereka sedar akan hakikat ini. Tidak mungkin sesuatu keajaiban berlaku jika mereka bertembung dengan parti yang sudah lama bertapak di Sarawak dengan duit yang banyak dan jentera yang lebih efisien.

    “Amanah memerlukan masa yang lebih lama lagi untuk melihat hasilnya,” katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PAS, Amanah Dijangka Tewas Semua Kerusi Pada PRU14 "