• PAN Masuk PRU Kerana Gila Kuasa - Mat Sabu

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu mengakui hasrat partinya bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanyalah untuk merampas kuasa daripada parti yang gilakan kuasa.

    Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata partinya bukan 'seronok-seronok' bertanding pada pilihanraya tetapi mempunyai agenda tersendiri.

    “Memanglah kemaruk kuasa, kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

    “Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya

    Memetik laporan AntaraPos, Mat Sabu turut mengulas hasrat PAN Selangor yang mahu mencalonkan namanya pada PRU14.

    Ujar beliau, sebagai presiden parti beliau layak dan tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana negeri dan tidak semestinya di Selangor.

    "Banyak negeri mencadangkan nama saya, parti akan buat pendirian bila dekat dengan pilihan raya. (Tapi) tidak semesetinya Selangor, mana-mana pun boleh (sebab) saya presiden partikan," katanya secara seloroh.

    Di Sarawak, PAN dijangka akan bertembung dengan PAS dimana akan bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Melanau.

    Lebih menarik lagi, pertembungan tersebut bakal memecahkan lagi undi dalam kalangan mereka memandangkan PAN adalah salah satu parti komponen Pakatan Harapan Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PAN Masuk PRU Kerana Gila Kuasa - Mat Sabu "