• Pakatan Harapan Anggap Kerusi Parlimen Di Sarawak & Sabah Lebih Mencabar

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    Pengerusi Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) Datuk Saifuddin Abdullah mengakui kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah lebih mencabar berbanding Selangor.

    Beliau turut menyifatkan kerusi di kedua-dua negeri tersebut sebagai unik.

    “Yang unik bukan di Selangor, tetapi (kerusi) Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline.

    Menurutnya lagi, Pakatan Harapan sedia bertanding di semua 222 kerusi Parlimen termasuk di Sarawak dan Sabah tanpa melibatkan PAS.

    Mengenai agihan kerusi, Saifuddin menjelaskan, ia sekarang memasuki fasa kedua rundingan iaitu peringkat negeri.

    Beliau tidak menolak kemungkinan Harapan memasang muka baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

    “Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pakatan Harapan Anggap Kerusi Parlimen Di Sarawak & Sabah Lebih Mencabar "