• Pak Jabit Sudah Tiada

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    Pelakon dikenali dengan watak Pak Jabit melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Abdul Rahman Kadir atau Man Kadir Samsi, meninggal dunia di klinik di Lanchang, 7.10 pagi tadi.

    Perkara itu disahkan anaknya, Atan Salim yang memuatnaik status terbaru berkenaan bapanya di Facebook milik Allahyarham satu jam selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

    Allahyarham dipercayai mengidap penyakit jantung ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada awal pagi tadi.

    Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam di situ.

    Selain Hantu Kak Limah Balik Rumah, Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan pada awal 1980-an, memulakan kerjaya lakonan TV melalui Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada 1998.

    Allahyarham juga turut dikenali melalui filem Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut, semuanya di bawah arahan Mamat Khalid.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pak Jabit Sudah Tiada "