• Paha Cedera Teruk, Zakar ‘Dimakan’ Gergaji

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    LONDON – Satu kejadian ngeri dilaporkan telah berlaku di kampung Moreton Valance, Gloucester, England melibatkan batang zakar seorang lelaki.

    Mangsa yang merupakan seorang pekerja dikatakan telah mengalami kecederaan selepas zakarnya telah terpotong dengan sebuah gergaji dalam satu kejadian kemalangan industri.

    Pihak polis dan pasukan paramedik bergegas ke tempat kejadian itu pada pukul 3.48 petang, Isnin lalu selepas dilaporkan oleh saudara terdekat mangsa.

    Lelaki tersebut mengalami kecederaan agak serius dekat bahagian pangkal pahanya. Sejurus pasukan kecemasan udara sampai di tempat kejadian, mangsa dipindahkan ke hospital dengan ambulans.

    Mangsa yang berasal dari Gloucester kemudian telah menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Southmead selama lapan jam.

    “Kami dihubungi oleh perkhidmatan ambulans kira-kira pukul 4.30 petang Isnin berhubung kejadian di Moreton Valence melibatkan seorang lelaki telah mengalami kecederaan serius.

    “Pegawai dihantar dan kejadian itu dianggap sebagai tidak mencurigakan. Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan telah dimaklumkan serta menjalankan siasatan,” kata seorang jurucakap pihak polis.

    Wakil jurucakap Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan juga mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian ngeri tersebut.

    “Kami telah dimaklumkan tentang insiden ini oleh pihak polis, yang datang di tempat kejadian. Kami masih berbincang dengan pihak polis untuk menentukan sama ada HSE akan terlibat dalam kes ini,” katanya lagi dipetik daripada Metro UK. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Paha Cedera Teruk, Zakar ‘Dimakan’ Gergaji "