• Paha Ayda Jebat Tersangkut Besi Lampu

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat bersyukur tidak mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari pentas ketika menjayakan sebuah konsert di Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

    Dalam kejadian itu, Ayda hanya terseliuh kaki kiri dan luka di tangan.

    Ayda berkata, ketika kejadian dia menyanyikan lagu Pencuri Hati dan terjatuh apabila memijak bahagian depan pentas yang beralaskan kain hitam.

    “Saya ingatkan itu masih pentas, tak sangka pula kain hitam itu sebenarnya diletakkan untuk menutup besi lampu diod pemancar cahaya atau LED.

    "Niat saya mahu beramah mesra dengan pengunjung yang berada di hadapan pentas tetapi lain pula jadinya apabila jatuh ke bawah.

    "Paha kiri saya tersangkut pada besi lampu. Mujur tak teruk, hanya terseliuh dan luka kecil," katanya.

    Menurut Ayda, walaupun sakit dia tetap meneruskan persembahan seolah-olah tida apa yang berlaku.

    "Saya bangun dan kembali menyanyi untuk menghiburkan penonton.

    "Insiden ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila dan akan lebih berhati-hati,” katanya.

    Insiden yang menimpa Ayda malam tadi turut mendapat perhatian dan pujian daripada peminat yang hadir apabila pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Rindu Awak 200% itu tetap bersikap profesional meskipun terpaksa menahan kesakitan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Paha Ayda Jebat Tersangkut Besi Lampu "