• Padah Kutuk Makanan Tidak Sedap

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+


    Changsha (China): Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul sekumpulan samseng selepas isterinya menulis ulasan buruk terhadap makanan di sebuah restoran dalam talian.

    Kejadian bermula pada minggu lalu, apabila seorang wanita dikenali sebagai Yu mempelawa rakannya bermain mahjong di kelab mahjong miliknya.

    Dia kemudian memesan hidangan barbeku di satu aplikasi penghantaran makanan untuk menjamu rakan-rakannya.

    Bagaimanapun, rakan-rakannya tidak menggemari makanan itu kerana rasanya yang kurang enak dan tidak segar.

    Sehari selepas itu, Yu menulis ulasan negatif terhadap restoran di aplikasi itu dengan mendakwa dia tidak pernah memakan barbeku seteruk itu.

    Tidak lama kemudian, Yu menerima satu panggilan telefon yang bertanya adakah dia yang menulis ulasan berkenaan dan wanita itu menjawab ya.

    Pada malam hari yang sama, tujuh hingga lapan lelaki yang bersenjatakan kayu golf datang ke kelab mahjong berkenaan dan mengancam Yu.

    Suami Yu cuba membantu isterinya tetapi dia dipukul di kepala dan badan hingga tidak sedarkan diri.

    Lelaki itu kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kecederaan parah di kepala.

    Sementara itu, polis berkata, pemilik restoran berkenaan mengaku mengupah samseng untuk mengugut wanita itu kerana ulasannya menyebabkan perniagaannya merosot. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Kutuk Makanan Tidak Sedap "