• Padah Hantar SMS Lucah Kepada Cikgu

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Peniaga dijatuhi hukuman penjara 30 bulan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang guru pada Mac tahun lalu.

    Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Basyir Abu Bakar,27, mengaku salah terhadap 10 pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Mohd Basyir berdepan 10 pertuduhan menggunakan SMS secara sedar dan membuat penghantaran komunikasi lucah ke nombor lain dengan niat untuk mengganggu orang lain.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.40 tengah malam hingga jam 6.08 petang pada 1 Mac hingga 4 Mac 2016 yang mana SMS itu dibaca di sebuah premis di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri, Kampung Tok Has, Jertih.

    Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Mohamad Haldar menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

    Bagaimanapun, tertuduh dipenjara selama tiga bulan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

    Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Muhamad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Hantar SMS Lucah Kepada Cikgu "