• Orang Ulu Tetap Dayak

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+
    KUCHING: Orang Ulu tetap sebahagian dari komuniti dayak walaupun mereka dari etnik kecil orang Ulu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau memberitahu ada segelintir individu yang menyatakan bahawa Orang Ulu bukan komuniti Dayak ia adalah kenyataaan yang tidak wajar sama sekali.

    Menurutnya, kami (Orang Ulu) sememangnya bangga menjadi salah satu komuniti Dayak.

    “Janganlah kita pula yang akan berbalah jika ada sesetengah pihak yang sengaja mengapi-apikan isu perkauman di negeri kita ini.

    “Walaupun Orang Ulu terbahagi kepada sembilan komuniti kecil antaranya Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Saban, Bisaya, Lun Bawang dan Berawan kami tetap bangga menjadi sebahagian dari Komuniti Dayak sepertimana kaum lain yang ada di Sarawak ini.” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agong Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Ke 50 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

    Dennis juga turut menolak mengenai sentimen bangsa yang sengaja dimainkan sejak beberapa bulan lalu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.-Sarawakiana
  • No Comment to " Orang Ulu Tetap Dayak "