• Nogeh, Mordi Dijangka Bertembung Semula Di Parlimen Mas Gading

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+
    Gambar The Borneo Post
    DAP diberitakan akan kembali mempertaruhkan Mordi Bimol sebagai calon bagi mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Mas Gading.

    Jika benar Mordi dicalonkan, sudah pasti pertembungan semula akan berlaku di Mas Gading jika BN kembali mempertaruhkan Datuk Anthony Nogeh sebagai calon.

    Berdasarkan pengumuman dibuat Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini, nama Nogeh akan dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dicalonkan semula.

    Pertembungan pertama mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, Nogeh menang dengan majoriti 2,156 undi.

    Ketua Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tasik Biru, Datuk Wilfred Rata Nissom turut menyatakan sokongan kepada Nogeh selepas kerjasama dijalinkan dengan Datuk Henry Jinep (ADUN Tasik Biru) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

    Nissom berkata, Nogeh yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani harus mendapat pujian selepas berjaya menampilkan keharmonian BN di kawasannya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Nogeh, Mordi Dijangka Bertembung Semula Di Parlimen Mas Gading "