• Niosh Anggotai Pasukan Petugas Khas Keselamatan Sekolah

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diundang untuk menganggotai pasukan petugas khas bagi menyelaras aspek keselamatan di semua sekolah termasuk sekolah tahfiz.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Kementerian Pendidikan tidak seharusnya dibiarkan bersendirian memantau aspek keselamatan sekolah mengikut sudut pendidikan sahaja.

    Menegaskan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar tidak harus berulang, Ahmad Zahid berkata NIOSH, yang mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, wajar diberi peranan penting untuk melihat aspek keselamatan di sekolah-sekolah.

    "Kita mahu anak-anak di sekolah selamat dan berada di tahap kesihatan tertinggi.

    "Jangan lupa guru-guru dan tenaga-tenaga kerja yang lain di sekolah adalah juga sebahagian daripada kita," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) Ke-20 di sini, hari ini. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Niosh Anggotai Pasukan Petugas Khas Keselamatan Sekolah "