• NGO Patut Libatkan Diri Dengan Pendidikan Kesihatan

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    SIBU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh menyeru agar setiap persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus turut sama melibatkan diri menyebarkan kepentingan pendidikan kesihatan kepada masyarakat secara sukarela.

    Beliau berkata, pendidikan kesihatan adalah penting dalam masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya bagaimana pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan cara betul menjaga kesihatan diri.

    Ini adalah kerana pentingnya pengetahuan kesihatan masyarakat mampu mengamalkan sekaligus mengetahui langkah-langkah pencegahan mengelak daripada menghidap penyakit berbahaya.

    “Budaya hidup, cara kita menjaga kesihatan diri dapat memelihara diri kita daripada pelbagai penyakit seperti HIV, AIDS, denggi dan sebagainya,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.-Sarawakiana

  • No Comment to " NGO Patut Libatkan Diri Dengan Pendidikan Kesihatan "