• Neymar Desak PSG Jual Cavani

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    Neymar mendesak kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menjual rakan penyerang sepasukan, Edinson Cavani.

    Menurut laporan akhbar Sepanyol, pemain Brazil itu meluahkan perasaan sebenarnya selepas berkomunikasi dengan pemilik kelab kaya raya Eropah itu.

    Dia menganggap hubungan di atas padang dengan pemain Uruguay itu sebagai ‘mustahil’ berikutan pertikaian sewaktu mengambil sepakan penalti.

    Malah dua bintang Amerika Selatan itu terus bertekak dalam bilik persalinan selepas perlawanan menyaksikan PSG menang 2-0 ke atas Lyon, Ahad lalu.

    Akhbar itu melaporkan: ‘Neymar bercakap kepada pemilik, Nasser Al-Khelaifi berhubung gandingan dengan Cavani yang ‘mustahil’ dan mengarahkan perpindahan terhadap penyerang Uruguay itu.’

    Pemilik PSG perlu membuat keputusan memastikan hubungan pemain dibeli dengan rekod dunia dan salah seorang bintang sudah dikenali ramai itu kembali lancar.

    Cavani yakin mengambil penalti tetapi gagal menjaringkan gol menentang Lyon membuatkan Neymar tersinggung kerana rakan sepasukan tidak mahu melepaskan tugas ambil sepakan penalti.

    Dua pemain terbabit terus bertegang urat selepas wisel penamat dan terpaksa dileraikan rakan sepasukan selepas pertikaian mereka berterusan.

    Ramai yakin Neymar begitu bersemangat berhijrah ke ibu kota Perancis itu demi hasrat menjadi pemain utama selepas kerap dibayangi Lionel Messi di Barcelona.

    Selepas kelab itu berbelanja £198j (RM1.2 bilion) untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu, dia merasakan perlu dilayan sebagai senjata utama.

    Cavani sudah mengukir namanya sebagai pemain pilihan penyokong serta peminat untuk skuad kendalian Unai Emery selepas empat musim bersama mereka sejak menyertai dari Napoli pada 2013.

    Sama ada kelab itu bersedia membuat keputusan menjual Cavani pada jendela perpindahan selepas ini masih belum jelas dapat dilihat.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Neymar Desak PSG Jual Cavani "