• New York mahu saman Trump

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Gabenor New York, Andrew Cuomo, berikrar akan menyaman Presiden Donald Trump jika beliau membatalkan program perlindungan imigran yang masuk ke Amerika Syarikat secara haram ketika kanak-kanak.

    Reuters yang memetik sumber sebelum ini melaporkan Trump akan mengumumkan langkah pentadbirannya menamatkan program itu, hari ini.

    Namun, Trump dikatakan akan memberi tempoh selama enam bulan kepada Kongres Amerika Syarikat untuk merangka undang-undang bagi menggantikan program terbabit.

    Cuomo berkata: "Tindakan presiden itu akan menjejaskan kehidupan ribuan golongan muda yang menganggap Amerika Syarikat sebagai rumah mereka".

    Sementara itu, Peguam Negara, Jeff Sessions, dijangka mengadakan sesi taklimat hari ini, mengenai rancangan Trump untuk menamatkan program berkenaan. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " New York mahu saman Trump "