• Neelofa Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Lancome

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    SHAH ALAM – Pengacara dan pelakon, Neelofa mencatat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik antarabangsa, Lancome.

    Neelofa, 28 tahun, yang juga duta bagi satu lagi jenama antarabangsa – Swarovski – turut mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat menjadi duta Lancome, lapor beberapa portal tempatan.

    Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu, beliau malahan sangat berbangga serta tidak pernah pun menyangka sama sekali akan dipilih untuk menjadi duta Lancome.

    “Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tidak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome,” jelas gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu dengan penuh perasaan teruja.

    “Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

    “Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini,” tambah Neelofa.

    Beliau ditemui pihak media dalam majlis pengumuman duta Lancome itu di sini hari ini. Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama popular Lancome untuk produk terbaharu, La Nuit Tresor pada 2015.

    Pengasas tudung Naelofar Hijab itu juga bakal bertolak ke Paris, Perancis untuk memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai duta jenama antarabangsa itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Neelofa Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Lancome "