• Najib Ucap Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Mexico

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Mexico dan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi pada Selasa.

    "Takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mexico yang terjejas akibat gempa bumi ini," katanya dalam catatan terkini Twitter hari ini.

    Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Tengah Mexico pada Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 149 orang manakala beribu-ribu orang lagi cedera.

    Gempa bumi itu berlaku pada ulang tahun gempa bumi 1985, yang mengorbankan beribu-ribu orang dan membinasakan sebahagian besar Bandaraya Mexico - dengan acara memperingati tragedi itu diadakan oleh Presiden Enrique Pena Nieto sebelum berlakunya gempa.

    Kerajaan persekutuan mengisytiharkan bencana di Bandaraya Mexico dan menugaskan 3,428 anggota tentera ke kawasan terjejas serta beberapa negeri berhampiran.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Mexico "