• Najib Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Brazil

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil, Aloysio Nunes di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di sini.

    Nunes yang diiringi Duta Besar Brazil ke Malaysia, Carlos Martins Ceglia untuk mengadakan pertemuan dengan Najib, tiba semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

    Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata Malaysia dan Brazil dijangka meneroka sektor yang berpotensi bagi kerjasama dua hala dan bertukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama semasa lawatan kerja Nunes.

    Sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1959, hubungan dua hala Malaysia–Brazil kekal kukuh dan terjalin kerjasama yang baik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

    Pada 2016, jumlah perdagangan di antara kedua-dua buah negara mencecah US$2.73 bilion (US$1=RM4.26) berbanding US$2.52 bilion pada 2015. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Brazil "