• Najib Pikul Tanggungjawab, Bukan Sekadar Tunjuk Gah

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+
    Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat mendapat komen dan reaksi yang pelbagai termasuk dari Tun Mahathir Mohammad.

    Mahathir banyak membandingkan ketika beliau berjumpa Presiden Ronald Reagan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.

    Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah bagaimana sambutan Reagan terhadap beliau lebih mesra dan mewah berbanding sambutan Trump terhadap Najib.

    Hinggakan Mahathir menceritakan kereta yang beliau gunakan, pesawat yang Amerika sediakan dan berbagai kemudahan mewah yang disediakan ketika berada di Amerika.

    Hanya itu yang Mahathir canangkan menunjukkan beliau lebih hebat sambutan daripada Najib tetapi tidak pula menyentuh kenapa dan sebab beliau ke Amerika.

    Berbeza pula dengan Najib yang tidak menyebut bagaimana sambutan Trump terhadap beliau. Najib lebih banyak menerangkan apa intipati yang beliau usahakan untuk dibincang bersama Trump.

    Dengan memikul tanggungjawab kepada rakyat, Najib lebih telus mendedahkan tentang pelaburan serta jumlah pelaburan sekali. Isu kemanusiaan sejagat dan Rohingya turut dibincangkan seperti yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia.

    Nampak jelas perbezaan Mahathir dan Najib dimana Mahathir lebih menunjuk beliau hebat ketika ke Amerika tetapi Najib lebih kepada melakukan tugas demi rakyat yang beliau harus galas dengan telus dan cekap.

    Najib memikul tanggungjawab yang besar untuk rakyat, bukan sekadar untuk menunjuk gah dengan layanan mewah. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Pikul Tanggungjawab, Bukan Sekadar Tunjuk Gah "