• Myanmar batal lawatan PBB ke Rakhine

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    Rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melawat Rakhine, di mana penindasan beramai-ramai penduduk Islam Rohingya dikatakan dibatalkan pihak berkuasa Myanmar.

    Lawatan tersebut akan menjadi yang pertama oleh pegawai badan dunia itu ke kawasan konflik sejak keganasan tercetus pada 25 Ogos lalu.

    Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata Kerajaan Myanmar bagaimanapun tidak menjelaskan sebab lawatan dibatalkan.

    “Sebelum pembatalan itu, ketua agensi PBB dijangka turut mengambil bahagian dalam perjalanan ke Rakhine.

    “Ia seterusnya diharap dapat menjadi langkah pertama ke arah akses yang lebih luas ke negeri terbabit,” lapor Agensi.

    Sementara itu, PBB juga membuat pelan kontingensi untuk memberi makanan kepada 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar.

    Menurut Ketua Program Makanan Sedunia di Bangladesh, Dipayan Bhattacharyya, semua agensi PBB menetapkan rancangan untuk kemasukan baharu seramai 700,000 dan pihaknya boleh menampung jika kemasukan baharu mencapai jumlah tersebut.-bnbbc

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar batal lawatan PBB ke Rakhine "