• Muhammad Taib Bukan Pengintip UMNO

    Published: Sunday, 17 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Tan Sri Mohammad Muhd. Taib menjadi pengintip UMNO ketika bersama pembangkang sebelum ini.

    Jelasnya, UMNO tidak pernah menggunakan taktik kotor seperti itu dan dakwaan oleh pihak tersebut langsung tidak berasas.

    "Ketika beliau bersama pembangkang sebelum ini, itu adalah kerana kehendak dirinya sendiri, tiada paksaan mahupun menjadi pengintip kepada parti UMNO.

    "Muhammad yang sebelum ini menyertai Pas dan kemudiannya PKR, kembali ke pangkuan UMNO setelah menyedari sendiri bahawa perjuangan parti pembangkang khususnya PKR amat sia-sia serta sangat bertentangan dengan jiwa dan semangat yang ada pada beliau," jelasnya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar khas yang diadakan di Bangunan UMNO di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Muhammad Taib Bukan Pengintip UMNO "