• Mourinho Laung Keyakinan Cabar Gelaran Liga

    Published: Saturday, 9 September 2017
    A- A+

    LONDON: Jose Mourinho berkata sejarah kebelakangan ini membuktikan ia memerlukan minda bertahan untuk menang Liga Perdana, walaupun dia menegaskan skuad Manchester United boleh mengubah gaya itu.

    Satu daripada kritikan yang selalu dibuatnya terhadap bekas kelab, Chelsea, Mourinho menyatakan penggantinya Antonio Conte menggunakan taktik bertahan dulu sebelum menyerang balas untuk menang gelaran musim lalu.

    Dan ketika pengurus United itu berkata dia boleh mengikut contoh itu, dia juga mahu memastikan mereka bermain dengan gaya yang positif.

    "Kami cuba bermain sebaik mungkin," kata Mourinho semalam. "Kami tahu jika anda melihat dengan cara pragmatik, anda melihat juara terakhir Liga Perdana, mereka tidak bermain bola sepak menyerang.

    "Mereka bermain bola sepak bertahan dan bola sepak serangan balas pantas. Jadi berdasarkan rekod, itu adalah cara untuk menang Liga Perdana.

    "Kami cuba bermain mengikut kualiti pemain kami. Kami cuba bermain positif, kami cuba bermain bagus dan cuba menang."

    United, yang dikenali dengan gaya permainan menarik di bawah kendalian Alex Ferguson, membuat kemunculan baik dalam Liga Perdana musim ini, menang tiga perlawanan pembukaan dan menjaringkan 10 gol dalam proses untuk ke persada. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Mourinho Laung Keyakinan Cabar Gelaran Liga "