• Mohon Maaf Dulu Sebelum Rompak Bank

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    BANGKOK - THAILAND. 'Saya minta maaf, saya ada masalah kewangan," kata seorang lelaki bersenjata kepada pegawai bank Thanachart di Rama 111 Road pada Khamis sebelum melarikan wang tunai sebanyak Bt270,000 (RM34,254)

    Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun, mengambil masa satu minit untuk merompak bank berkenaan pada jam 8.52 pagi.

    Timbalan pesuruhjaya polis metropolitan, Pol Maj Jeneral Surachai Kuandechakup, berkata, suspek memberitahu pegawai bank sambil mengacukan pistol dan meminta mereka memberikan wang kepadanya.

    "Suspek meminta maaf kepada pegawai bank dan berkata dia mempunyai masalah kewangan," kata Surachai.

    Dia meletakan wang berkenaan ke dalam beg dan keluar bank secara senyap senyap.

    Malah pegawal keselamatan bank berkenaan membukakan pintu kepadanya kerana menyangka dia adalah pekerja yang diupah.

    Surachai berkata, berdasarkan pemerhatian berdasarkan apa yang diberitahu suspek kepada pegawai bank, lelaki berkenaan bukannya perompak profesional.

    Pengawal keselamatan memberitahu polis, perompak berkenaan seakan selalu dilihatnya dan mungkin adalah pelanggan bank berkenaan.

    Sementara itu. polis sedang meneliti rakaman kamera keselamatan untuk mengenalpasti identiti suspek yang memakai tshirt dan seluar bewarna hitam ketika melakukan rompakan itu lapor Asia News Network. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mohon Maaf Dulu Sebelum Rompak Bank "