• Militan Abu Sayyaf Tumpas

    Published: Sunday, 3 September 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU: Lapan individu yang disyaki anggota kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan di Kuala Lumpur.

    Polis menahan anggota militan yang berpangkalan di selatan Filipina termasuk salah seorang pemimpin Abu Sayyaf, Hajar Abdul Mubin, dalam satu operasi di Cheras pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

    Hajar yang turut dikenali sebagai Abu Asrie ditahan bersama seorang lagi rakyat Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam rakyat Malaysia keturunan Filipina dari Sabah.

    Abu Asrie yang berusia 25 tahun dipercayai merupakan anggota Lucky 9, kumpulan penculikan untuk tebusan yang berpangkalan di Jolo, dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di hutan Jolo dan kepulauan Basilan di selatan Filipina.

    Kesemua rakyat Malaysia terbabit, berusia antara 20 dan 52 tahun, dipercayai dari Sandakan dan bekerja di Kuala Lumpur.

    Menurut sumber, antara suspek merupakan pengawal keselamatan dan anggota Rela.

    Sumber risikan Filipina pula memberitahu kumpulan Lucky 9 terlibat dalam aktiviti penculikan untuk tebusan di bandar Jolo.

    Mereka dikenali dengan penculikan mangsa dengan bayaran tebusan 10,000 pesos (kira-kira RM836).

    Segelintir mereka mempunyai kaitan dengan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang melarikan ke Jolo selepas operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan Filipina, susulan beberapa kes penculikan rentas sempadan di pantai timur Sabah.-Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Militan Abu Sayyaf Tumpas "