• Mesin judi bernilai RM1.6 juta dilupuskan

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    PORT DICKSON - Sebanyak 893 mesin judi permainan simulator dan komputer bernilai lebih RM1.6 juta dilupuskan oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Sembilan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn. Bhd.) di Bukit Pelanduk di sini, hari ini.

    Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pelupusan mesin itu merupakan bahan bukti perbicaraan kes judi siber yang berjaya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman sejak 11 tahun lalu.

    "Jumlah keseluruhan barang kes adalah sebanyak 248 mesin judi permainan simulator dan 645 mesin komputer. Anggaran nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM1,654,869," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian dan Siber Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan di Pusat Kualiti Alam di sini hari ini.

    Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Nor Hazni Mat Sari dan Pengarah Kualiti Alam Sdn. Bhd., Khalid Bahsoon. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mesin judi bernilai RM1.6 juta dilupuskan "